Perbahasan Pindaan Rang Undang-Undang Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA) oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 01.08.2022.
Video here: https://fb.watch/e-aLV133fp/
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut juga ingin menyertai perbahasan pindaan terhadap Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 iaitu dengan singkatannya, FAMA. Dengan pindaan Jadual Ketiga yang baharu memasukkan enam jenis ternakan dalam ruang lingkup FAMA.
Sebelum ini, FAMA tidak menyertai dalam pemasaran untuk ternakan- ternakan dan saya dapati bahawa mukadimah ataupun preamble untuk Akta FAMA ini, bukan sahaja importing and exporting of every agricultural produce, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Bukan sahaja import, eksport dan juga provide credit facilities of such marketing. Memberikan fasiliti kredit kepada petani-petani.
Kalau dibaca dengan preamble sebenarnya marketing arm untuk kementerian dan saya ingin bertanyakan positioning terbaru berkenaan dengan FAMA dalam industri ternakan. Ini kerana kita tahu juga industri ternakan pihak swasta juga memainkan peranan yang penting dan apakah positioning satu agensi kerajaan memasuki industri ternakan dengan pemasarannya.
Bagaimanakah positioning dalam erti kata yang baharu kerana ada persaingan juga dengan pihak swasta?
Kita dapati bahawa dasar-dasar kerajaan berkenaan dengan sekuriti makanan perlu ada affordability, perlu ada availability dan juga perlu ada accessibility, ketiga-tiga ini.
Akan tetapi, saya memerhatikan dasar kerajaan yang dijalankan dalam setahun ini apabila terdapat krisis sekuriti makanan, bahan makanan naik melambung dan juga bahan makanan tertentu menjadi kurang, kita melaksanakan polisi dasar perlindungan makanan atau food protectionism, kita mengadakan dasar subsidi. Kita target self-sufficiency level (SSL) tetapi dasar food protectionism kita bertentangan dengan open trade. Kita terlalu memberikan tumpuan kita kepada industri beras dengan bajet pertanian mementingkan ke atas beras dan aktiviti berkaitan dengan beras.
Dengan erti kata yang baru, dengan food security yang baru, kita perlu diversify supaya bukan sahaja beras tetapi juga bahan pertanian lain, makanan lain dan ternakan lain juga diberikan perhatian yang serius.
Dasar kita menjalankan kawalan eksport ke negara-negara lain seperti Singapura, we are paying a high price. Ini kerana kalau penternak-penternak ayam boleh mengeksport ke Singapura, membolehkan mereka mendapat keuntungan supaya melabur balik untuk membina fasiliti penternakan ayam yang lebih baik. Kekurangan ini juga pada masa yang sama, negara Singapura telah mencari pengganti yang baru.
Oleh itu, saya ingin menanyakan, what is our exit plan untuk kawalan eksport ini? Kita perlu satu exit plan yang bagus. Kalau tidak, dasar target tahap sara diri (SSL) dalam buku Dasar Agromakanan tidak akan dicapai.
Dalam buku Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, menetapkan SSL industri ayam itik kita 140 peratus. Melebihi 100 peratus. Telur pula 123 peratus— tetapi kita menghadapi masalah harga pula. Oleh itu, saya minta supaya dalam FAMA memasuki industri ternakan ini, bagaimana dengan bahan makanan gantian untuk subsektor ternakan? Kalau sebelum ini bahan makanan untuk ternakan barangkali ada kena import, apakah pelan bahan makanan gantian kita?
Kita kena lihat juga kepada model ekonomi, bukan sahaja dengan dasar subsidi dan sebagainya. Saya mencadangkan beberapa cadangan yang sebelum ini FAMA kurang jalankan. Bagaimanakah dengan dasar stockpile makanan kita? Bukan stockpile makanan tentang beras sahaja. Bagaimana stockpile tentang daging ternakan? Kalau harga pasaran tinggi, maka kita boleh keluarkan stockpile tersebut untuk merendahkan, menstabilkan harga makanan. Apakah strategi tambahan untuk stockpile kita daripada segi FAMA dan juga MAFI?
Begitu juga dengan idea-idea tadi tentang ladang kontrak dalam negeri dan sebagainya. Saya melihat Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang telah didrafkan, berbagai- bagai sasaran dan sebagainya. Akan tetapi, apa yang paling penting ialah pelaksanaannya, dengan kawal selia, dengan pelbagai agensi, pasaran, dengan eksport, import dan sebagainya. Ia mempunyai satu ekosistem yang jauh lebih besar daripada Dasar Agromakanan Negara kita.
Oleh itu, saya minta supaya FAMA ini diberikan satu positioning, satu kedudukan yang jelas supaya apabila kita memasuki industri ternakan, kita boleh membantu dan bukannya FAMA bersaing dengan industri private sector dan melaksanakan dasar-dasar perlindungan makanan, kerana ini akan menyebabkan pihak sektor swasta hilang competitive advantage kerana campur tangan FAMA, campur tangan sektor awam dalam sebuah industri ekonomi yang memang boleh mendatangkan keuntungan yang besar.
Oleh itu, saya meminta Timbalan Menteri apabila menggulung nanti memberikan satu sasaran ataupun satu gambaran yang jelas tentang FAMA ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment